Sukanye diaaa....hehehe ni first time mama bawa Adam pegi main kat playground. Ye la Adam kan x sihat je..Dia banyak tido je maklumlah makan ubat...jalan pun mcm nak jatuh je..lemah je dia..Isnin mama mc lagipun nak bawa Adam pegi check up kat doktor dia...Adam ni klu sakit mesti nak jumpa doktor Zul gak baru ok padahal papa dah bawa pegi kids specialist clinic tp x berkesan gak.. Tengahari tu lepas mkn ubat Adam tido je sampai la ke petang...Sian mama tengok tak bangun pun main..Dalam pukul 6 lebih mama kejutkan Adam nak bawa Adam pergi taman permainan.nak bagi dia aktif sikit..First time mama bawa pegi tempat ni...nasib baik x ramai sangat budak2...Sampai2 je Adam terus senyum dia terus nak jalan..mama lupa pulak nak pakaikan Adam kasut tu yang berkaki ayam je kat situ..Takpelah janji Adam happy...bila ambik gambar senyum je dia...bagus sayang, mama pun happy tengok anak mama ni...semoga anak mama ni sentiasa sihat & dirahmati Allah...Amin...