Tuesday, March 15, 2011

AL-FATIHAH

Assalamualaikum....

Jumaat malam lepas dapat berita sedih dari kakakku, kesian sangat...family adik ipar kakak accident teruk sangat sehingga ada yang meninggal dunia...Isteri & 2 anak umur 9 & 3 tahun meninggal kat situ, suami & anak sulung, 13 tahun cedera parah....Sampai sekarang ni suami dia x sedar lagi masih kat icu...Alhamdulillah anak yang sulong makin bertambah baik & dipindahkan ke ward biasa.. tp kesian juga patah pelvik & hatinya luka...Buat masa ni kakak masih bercuti tolong jaga kat hospital..Sedih dengar cerita dia bila anak yang sulong tu asyik bertanya mana mama & adik2 dia, hakikatnya mereka semua dah takde...Al-Fatihah untuk yang telah meninggal semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin...

Macam mana sekalipun kita kena redha dengan apa yang berlaku, dah ketentuan Allah jadi begitu...kita semua pun tak tahu bila ajal & maut kita, yang penting jangan terlalu leka dengan dunia ni sampai tak ingat akhirat... pesanan ni pun untuk diri sendiri gak yang kadang2 pun alpa dengan duniawi..Semoga kita semua terhindar dari bala bencana dan sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...Amin....