Tuesday, April 5, 2011

CAMERON HIGHLANDS

Asssalamualaikum...

Minggu lepas hari Jumaat, papa ada meeting kat Cameron Highlands, projek MARDI, mama & Adam pun tak lepaskan peluang untuk ikut papa ke sana, ye la papa kata ni last dia ada meeting kat sana. Kami bertolak awal dalam pukul 8 pagi, pergi klinik kejap pastu pergi beli breakfast kat McD je makan dalam kereta. Dalam pukul 12 sampai kat Tanah Rata, sejukknya kat CH ni,, best je, tapi kadang2 sejuk sangat tak tahan pulak. Tengahari sampai petang mama & Adam duduk lepak2 je dalam apartment, tunggu papa habis meeting. Dalam pukul 5 petang baru la dapat jalan2 kat CH. Mula2 kitaorang pergi dekat Almashor sebab nak makan ice-cream strawbery. Sedap juga ice-creamnye satu cupRM2.00, masa ni tak beli banyak barang cuma beli jem strawberry & jus buah strawberry. Mula2 plan nak beli buah strawberry kat MARDI je esoknya tapi sampai balik tak juga beli....sebab dah gerak awal..

Lepas tu terus pegi ke pasar malam area Brinchang, rupanya ada pasar malam hari Sabtu & Ahad. Best juga pergi pasar malam banyak jual sayur2, buah2, souvenir & makanan..Malam tak pergi mana2 pun sebab hujan lagipun sejuk sangat nak pijak lantai pun mengigil. Adam pun jalan terjingkit2 bila pijak lantai, mulut pun tak berhenti cakap sejuk2...kena tido awal sebab esok papa kata nak gerak awal dalam pukul 8 juga sebab kalau hari minggu CH ni penuh dengan orang nanti semua jalan jammed. Esoknya dalam pukul 8 dah gerak cari sarapan & nak pergi kat MARDI nak beli strawberry tapi malangnya MARDI tutup pulak, munkin awal lagi,tak de rezeki la nampaknya...munkin lain kali bole pergi lagi kan.... papa???...


strawberry ice-cream RM2 - manis2 masam...



seisi memakan ice-cream....


adam melawat tapak...:)


mama & adam


adam di R&R ....mana ntah..lupa pulak...:)