Tuesday, April 19, 2011

AKAR SITI FATIMAH

Assalamualaikum...

Bulan lepas tok mek pergi umrah, balik2 je Tok Mek ada bagi Akar Siti Fatimah kat mama, tok mek kata rendam pastu minum air dia...untuk mudahkan proses kelahiran....

Kalau masa mengandungkan Adam dulu, mama siap berurut kat Kelantan sebab tukang urut tu kata bagus urut sebelum bersalin. Tapi kali ni tak sempat nak berurut pun, ada gak orang kata tak bagus urut...ermmm ntah la...tengok keadaan diri masing2 kot...

Ok cerita balik pasal akar siti fatimah ni...sebelum ni ada gak baca pasal akar ni kat blog, Alhamdulillah kali ni ada depan mata pulak, Dari info yg dibaca diaorang cakap akar siti fatimah ni boleh digunakan sebagai air selusuh untuk memudahkan proses kelahiran. Biasanya ia diminum selepas rasa sakit nak bersalin, baca Bismillah & selawat. Tapi ada juga yang kata bole minum bila kandungan masuk 7-8 bulan, ikut la mana2 yang sesuai, tuhari Tok Mek kata dah bole minum, sekarang ni pun dah masuk 34 minggu...Kalau ikut Adam dulu masuk 37 minggu je dah bersalin...Mudah2han kali ni pun dipermudahkan Allah...Amin...

Ada juga yang bagitau air rendaman akar siti fatimah ni bole disapu diperut & kepala untuk menenangkan ibu2 yang hampir2 bersalin...Nampaknya memang kena simpan sikit air rendaman ni dalam botol kecil pastu sentiasa bawa bersama, mana tau tetiba nak bersalin....


InsyaAllah, mudah2an dipermudahkan oleh Allah proses kelahiran anak kedua ni...Amin....



ni la akar siti fatimah yang belum dibasuh & direndam, kecik je & kering




ni pulak lepas direndam dengan air yang telah dimasak, kembang betul jadinya, ada warna purple2 sikit kat bunga2 dia....