Thursday, January 13, 2011

PENGASUH TASKA YANG TIDAK BERHATI PERUT..KEJAM

Assalamualaikum,

Aduiii sakitnya hati bila tengok kejadian2 yang sangat2 menakutkan kat taska@ nurseri sekarang ni. Kebanyakan pengasuh kat taska@ nurseri suka buat kerja sambil lewa je @ senang cakap pemalas...Semalam baca kat blog sini pasal taska kurang ajar..urmmmm memang kurang ajar & melampau tau diorang ni... Dahla kita bayar dia suruh jaga anak2 kita , diorang bole buat kerja sambil lewa je..yang dioarang tau tiap2 bulan ibubapa bayar yuran taska... Nanti kalau dah berlaku kejadian2 yang tak diingini baru nak menyesal...tak berguna dah...kalau dah berlaku baru nak menyesal....

Zaman skarang ni zaman mak, ayah kena berkerja lagi kalau duduk kat kawasan bandar , semuanya duit..duit..duit... lain la kalau dah memang kaya raya, tak pelah duduk rumah goyang kaki je sambil jaga anak2...Tapi bila kita lepaskan tanggungjawab jaga anak kat taska lain pulak jadinya...Kena pulak dapat pengasuh yang tak jujur & kejam.. Kesiannya kat budak2 & baby kat taska, Ntah apa2 je yang terjadi semasa peninggalan ibu bapa mereka...Mudah2an semua anak2 kat taska sentiasa dilindungi Allah... Sedih sangat kalau berlaku benda2 yang tak elok, minta dijauhkan la....

Risau betul la...harap2 anak mama sentiasa dilindungi Allah, walaupun kejadian ni bukan berlaku dekat taska Adam, tapi tiap2 hari mama sentiasa risaukan Adam..Kita tak bole percayakan 100% kat orang untuk jaga anak kita...sebab kebanyakan pengasuh ni pun ada yang muda2 lagi, belum berkahwin, perasaan jaga anak tu tak sama macam orang yang dah ada anak... Tu la kadang2 sakit hati juga bila Adam balik rumah je bila mandikan petang terjerit2 sakit dia, rupanya habis punggung dia merah2 gara2 pengasuh dia lambat tukarkan pampers kalau dah berak, Sian tengok merah2, kadang2 sampai luka,...sedih & sakit hati betul, kena tegur baru la diaorang ni berhati2 sikit... Lagi satu kadang2 bila kita jemput awal, boleh pulak pengasuh yang bujang ni melepak kat luar taska dengan kawan lelakinya (berdating)...ishh melampau betul ni nak kerja ke nak berdating, bole pulak tinggalkan budak2 tu kat dalam taska, nanti dah jadi apa2 baru nak kelam kabut....Macam2 hal...

Okla buat semua ibu bapa, sentiasa la ambil tahu pasal anak2 & keadaan nurseri anak2 anda, kalau nak cerita lagi panjang pasal nurseri ni, ada je benda yang kita tak puas hati....Buat semua pengusaha nurseri & pengasuh2 kat nurseri jagalah amanah orang dengan jujur & ikhlas.. setiap apa yang kita buat pasti akan ada balasannya....




Wassalam...

thanks to lakaranhatii.blogspot. sbb share info ni....