Thursday, March 31, 2011

HAPPY BIRTHDAY ADAM QHALISH (2 YRS OLD)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam 30.03.2011 genap anak kesayangan mama, Adam Qhalish 2 tahun...Sekejap je rasanya dah masuk umur 2 tahun, rasa macam baru je melahirkan Adam dulu... tak lama lagi dah jadi abang Adam pulak, Doa mama & papa sentiasa mengiringi anak mama ni, semoga Adam Qhalish menjadi anak yang Soleh, diberi kesihatan yang baik, sentiasa dilindungi Allah & diberkati & dirahmati Allah.S.W.T..Amin...Amin Ya Rabbala'lamin....


Sempena birthday Adam yang ke-2 tahun ni, mama plan sambut kat nurseri je.. Beli kek & bawa ke nurseri...Semalam dalam pukul 2 lebih mama pergi ambil kek Adam pastu terus ke nurseri, sebelum tu mama dah call cikgu kat situ, dia cakap Adam tengah tido, mama kata tak pe biar dia tido dulu, tak lama mama sampai mama tengok Adam masih tido, mama pun terus pergi kat Adam cium2 Adam terus Adam terjaga, dengan muka terkejut sebab mama ada kat situ Adam terus bangun tapi tak menangis pun, kalau kat rumah mesti dah menangis...lepas tu Adam duduk je atas riba mama, jadi budak manja, munkin rasa bangga kat kawan2 dia yang lain sebab mama ada datang. Kawan2 pun tak bole la nak terlanggar dia sikit pun mula la nak menangis..hehehe manja betul...

Tak lama tu cikgu2 kat taska pun siapkan meja untuk letak kek birthday Adam, lepas suruh semua budak2 duduk diam, pastu suruh semua kumpul dekat meja... Cikgu panggil Adam duduk tengah2 untuk tiup lilin & potong kek.. Semua kawan2 Adam nyanyikan lagu birthday, tetiba budak lain pulak yang tiupkan lilin Adam, hehehe, kesian Adam tak sempat nak tiup, dah namanya budak2 semuanya excited bila nampak kek..yang penting semua happy lagi2 anak mama ni...sayang sangat kat Adam Qhalish ....Happy Birthday to you...Happy birthday to you...Happy birthday..Happy Birthday...Happy Birthday to Adam Qhalish!!!...muah..muah...muah...


 Adam dengan kawan-kawan


 kek birthday Upin & Ipin...last minute cari kek...:)..kecik sgt tulis nama Adam Qhalish....




seisi nyanyi lagu & potong kek birthday dengan kawan-kawan..Adam serius je muka,....:)













ADAM & KISMIS

Assalamualaikum...



berjaya membuka botol kismis, terus je makan kismis tanpa henti....


happy betul Adam lepas berjaya buka botol kismis ni sendiri....


termenung sekejap, banyak sangat makan kismisnya...

ni gaya nak membodek mama sebab dah makan banyak sangat....:)

Adam sekarang suka sangat makan kismis...Ni gara-gara tuhari kawan papa baru balik dari umrah dia bagi semangkuk kismis & buah kurma, Berbiji-biji dia makan sampai habis kismis tu.. Hari Isnin tuhari mama pergi giant dekat2 office ni pastu ternampak Kismis Tok Guru yang dijual kat kisok2 kecil tu, terus mama beli sebotol RM 10 je...tapi tak bole tunjuk selalu kat Adam, nanti tak berhenti dia asyik minta je, kena kontrol sikit bagi dia...Sekarang ni kalau nak apa-apa, Adam akan buat suara yg lembut je sebab dia tau mama mesti akan ikut, kalau dia nangis2 nak nanti mama marah dia, sebab tu dia cakap baik2 je...kadang-kadang siap kiss dulu mama kalau nak apa-apa, mana la mama tak cair dengan dia...Adam..Adam.....