Assalamualaikum...
Salam Jumaat...Bestnya harini dah Jumaat, tapi hari ni bole terpikir hari Sabtu pulak....huhuhu...tak sabar nak bercuti panjang bersama family sempena cuti tahun baru cina ni...rasa2nya cuti kali ni tak pergi mana2 kot dah tanya papa, dia kata duduk umah je , rehat...tak pela mana2 pun bole yang penting tak payah pergi kerja...bole duduk 24 jam melayan anak2 kesayangan mama ni...
Kisah si Abang...
Malam tadi dalam pukul 12 lebih mama terjaga dengar abang Qhalish nangis, dia terus bagi botol susu kat mama, mama ambik tengok macam tak tutup ketat sebab ada tumpah sikit kat tangan mama, terus mama ketatkan botol tu pastu baring semula...macam mengigau je, tapi Qhalish masih nangis, mama pun tanya kenapa, dia tak jawab nangis je, mula mama macam nak marah tapi terus bangun pegang dia, rupa2nya habis baju seluar tidur dia basah, tilam dia basah habis...terkejut la mama, baru perasan susu sebotol tumpah kat Qhalish. Mama pun terus la buka seluar, baju Qhalish tukarkan dengan yang lain, pastu pujuk2 suruh diam, sian anak mama, kebasahan rupanya..Pastu mama pun baring semula, sebab mata masih mengantuk..Dalam pukul 3 pagi tu Qhalish terjaga lagi & menangis, Qhalish kalau tak sihat mesti menangis punya...memang pun rasa kat dahi dia panas, terus mama dukung dia ke bawah ajak makan ubat demam, batuk & selsema, sebab petang tu dia dah mula selsema..Lepas makan ubat dia jadi segar pulak siap main game angrybirds kat tepon papa, puas mama suruh tido dia tak nak, nasib baik papa terjaga pastu simpan tepon tu baru dia sambung tido itu pun dah pukul 3 lebih...Bila bangun pagi mama terus terpikir pasal susu tumpah tu, baru terperasan siapa yang buatkan Qhalish susu... Tanya kat papa, dia kata dia tak buatkan, pastu mama rasa mama pun takde bangun buatkan dia susu..Papa kata munkin dia buat sendiri sebab tu la tumpah...tak tau tutup botol...Kesiannya anak mama ni, agak2nya lama dia nangis nak suruh buatkan susu tapi mama & papa tak jaga, selalu memang mama buatkan sebab memang dah tersedia kat dalam bakul kat tepi kaki mama...Munkin Qhalish buat sendiri pastu nak minum botol tak tutup kuat tu yang habis tertumpah, habis baju seluar & tilam basah...Kesian betul sampai ke siang dia tak minum susu.Pagi tadi masa hantar ke taska, badan Qhalish dah tak panas lagi, tapi mama tetap bekalkan ubat suruh cikgu bagi kalau badan dia panas.Cikgu pun bagitau munkin Qhalish jangkit kat kawan dia sebab semalam ada soang budak tu pun demam...Harap2 anak mama ni cepat sembuh ye....Esok sampai Rabu, Qhalish & adik Aeryna tak payah pergi taska ye. Kalau bole memang tu la yang Qhalish nak, kadang2 setiap malam dia akan tanya kat kita: esok sekolah tak...tanya 2..3 kali...kesian kalau kita tanya dia balik cepat2 dia jawab tak nak sekolah....sian anak mama...