Lama juga tak cerita pasal anak mama ni..sekejap je masa berlalu tau-tau Adam dah 1 tahun 7 bulan, Lagi 4bulan dah nak masuk 2 tahun. Cepat sungguh masa berlalu..makin besar makin manja, makin pandai kadang-kadang makin garang juga...Minggu lepas dapat balik Johor setelah sekian lama tak balik...Sejak balik masa cuti Hari Raya baru minggu lepas dapat balik Johor...Papa asyik sibuk je dengan rumah la, kawan2 la, bola la...etc....Tapi tak puas betul dapat balik sekejap je sebab papa ada gathering dengan kawan2 papa kat Melaka...Adam suka sangat masa balik Johor...pantang nampak orang lelaki semuanya dihulur tangan suruh dukung bawa jalan2 kat luar, nasib baik ramai juga yang melayan...tu yang suka sangat...tapi kesian masa ni Adam tak berapa sihat, demam, selesema & batuk..Paling kesian masa on the way ke Melaka tu bila sampai ke kat Melaka, Adam termuntah dalam kereta ..habis mama pun kena...huhuhuhu...Nasib baik jumpa surau...Last2 aktiviti mama & Adam kat situ duduk & tidur je dalam bilik...Langsung tak join aktiviti yang diaorang buat....Lepas makan ubat Adam tido je sepanjang hari tu yang tak bole keluar bilik... cuma malam je dapat join aktiviti BBQ tu pun tak lama pastu dah balik bilik tido....Tak pe la munkin lain kali bole ikut lagi masa tu harap2 Adam & mama sama2 sihat & bertenaga..hehehe...