Tuesday, April 19, 2011

AKAR SITI FATIMAH

Assalamualaikum...

Bulan lepas tok mek pergi umrah, balik2 je Tok Mek ada bagi Akar Siti Fatimah kat mama, tok mek kata rendam pastu minum air dia...untuk mudahkan proses kelahiran....

Kalau masa mengandungkan Adam dulu, mama siap berurut kat Kelantan sebab tukang urut tu kata bagus urut sebelum bersalin. Tapi kali ni tak sempat nak berurut pun, ada gak orang kata tak bagus urut...ermmm ntah la...tengok keadaan diri masing2 kot...

Ok cerita balik pasal akar siti fatimah ni...sebelum ni ada gak baca pasal akar ni kat blog, Alhamdulillah kali ni ada depan mata pulak, Dari info yg dibaca diaorang cakap akar siti fatimah ni boleh digunakan sebagai air selusuh untuk memudahkan proses kelahiran. Biasanya ia diminum selepas rasa sakit nak bersalin, baca Bismillah & selawat. Tapi ada juga yang kata bole minum bila kandungan masuk 7-8 bulan, ikut la mana2 yang sesuai, tuhari Tok Mek kata dah bole minum, sekarang ni pun dah masuk 34 minggu...Kalau ikut Adam dulu masuk 37 minggu je dah bersalin...Mudah2han kali ni pun dipermudahkan Allah...Amin...

Ada juga yang bagitau air rendaman akar siti fatimah ni bole disapu diperut & kepala untuk menenangkan ibu2 yang hampir2 bersalin...Nampaknya memang kena simpan sikit air rendaman ni dalam botol kecil pastu sentiasa bawa bersama, mana tau tetiba nak bersalin....


InsyaAllah, mudah2an dipermudahkan oleh Allah proses kelahiran anak kedua ni...Amin....



ni la akar siti fatimah yang belum dibasuh & direndam, kecik je & kering




ni pulak lepas direndam dengan air yang telah dimasak, kembang betul jadinya, ada warna purple2 sikit kat bunga2 dia....


Friday, April 15, 2011

ADAM BOTAK


Rambut Adam memang cepat panjang, kalau panjang sikit mulala dia rimas, asyik garu2 kepala, gatal kot, nak tidur pun susah nanti marah2 sambil garu2, sebab berpeluh....Itu yang mama tak suka kalau rambut Adam dah panjang mesti suruh papa cukur je rambut Adam.... Nasib baik papa memang ada beli pencukur rambut untuk Adam, dah banyak kali juga la guna untuk cukur rambut Adam... Adam pun ok je masa papa cukur rambut dia, tak de la dia menangis tak nak ke apa, cuma dia ada rasa geli sikit kot kena pencukur tu...Kalau cukur mesti cukur sampai botak licin, papa kata pakai No.1 punya penyukur, senang sebab rambut Adam cepat panjang....cute je muka Adam kalau lepas cukur...hehehe...

muka tak puas hati je kena cukur rambut...hehehehe


asyik minta letak bedak banyak2,


hehehe, dah siap pun.....













Thursday, April 7, 2011

ADAM QHALISH 2 THN

Asssalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah masuk 2 tahun anak mama ni...cepat je masa berlalu...tak lama lagi dah bersekolah pulak...

Sekarang ni kat nursery @sekolah Adam kalau dah masuk umur 2 tahun dah ada aktviti yang boleh Adam ikut, mama tengok ada cikgu tampal kat dinding hasil kerja tangan Adam, tp belum sempat ambil gambar lagi...Adam warnakan bear, warna hijau bear tu...hehehe betul ke Adam dah pandai mewarna?? rasanya pegang pensil pun tak berapa betul lagi..tak pe la lama2 mesti bole kan sayang?....

Adam sekarang dah pandai mengira 1-10, selalunya bila naik tangga ke bilik Adam mesti kira 1-10, kadang2 masa main sorang2 pun mulut dia mengira alih2 cakap 3,4,5,6,7...kadang2 betul kiraanye kadang2 terbalik2...tak kisahlah janji dah bole kira...Baca A,B,C kurang sikit, selalu ikut suka dia nak sebut huruf apa, sama la alif, ba , ta juga...Alhamdulillah kat nursery cikgu & teacher ada ajar sikit2, nak harap mama lambat sikit la lagi2 sekarang ni mama dah tak larat sangat, jalan lebih2 pun sakit, nak masak pun malas sangat...selera makan kadang2 takde, tak tau nak makan apa, macam boring tengok nasi....
Adam paling suka kalau mama & papa bawa naik kereta sama2, sepanjang jalan mulut dia bercakap je tak berhenti, sibuk je tanya : apa tu? apa ni?...sampai penat kita nak menjawapnye..Sekarang makin sensitif juga munkin dia tau x lama lagi dah jadi abang tu yang manja melebih2... Kalau kita cakap dia sibuk je pun dah bole nangis sedih, tp kalau dia cakap kita takpe pulak...huhuhu...Suka tarik telinga papa suruh dengar apa yang dia cakap... Kadang2 bila mama membebel2 kat dia, tetiba dia ckp diam2 sambil tunjuk jari kat muka kita suruh diam...garang la pulak....Jeles tu jangan cakap la, mudah2han nanti bila adik dah ada, Adam akan sayangkan adiknya...

Kalau dekat nursery Adam jadi budak yang berdikari, pernah sekali mama hantar pagi2, tengok je dia dari jauh, masuk saja dalam nursery terus letak beg atas meja, pastu ambil susu & bantal beg terus baring dekat tilam. Kalau kat rumah takdenya dia nak buat sendiri semua benda tu, mesti nak mama @ papa buatkan. Sekarang ni kalau nak apa2 kat mama, Adam akan minta dengan suara yang lembut & manja je, kadang2 siap kiss mama lagi, sebab dia tau kalau dia buat macam tu mama mesti tak sampai hati nak tolak...hehehe pandai betul dia ambik hati mama....sayang sangat anak mama ni...:)




ni gambar pagi tadi sebelum mama hantar Adam pergi nursery, kena jalan sendiri ke kereta mama, sbb mama dah tak larat nak dukung lagi, papa pulak kena outstation hari ni...tu yang mama kena hantar  Adam....Selipar pun pakai selipar jepun papa je, tak larat dah nak pakaikan selipar Adam..hehehe mama dah makin malas sebenarnye....