Thursday, April 7, 2011

ADAM QHALISH 2 THN

Asssalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah masuk 2 tahun anak mama ni...cepat je masa berlalu...tak lama lagi dah bersekolah pulak...

Sekarang ni kat nursery @sekolah Adam kalau dah masuk umur 2 tahun dah ada aktviti yang boleh Adam ikut, mama tengok ada cikgu tampal kat dinding hasil kerja tangan Adam, tp belum sempat ambil gambar lagi...Adam warnakan bear, warna hijau bear tu...hehehe betul ke Adam dah pandai mewarna?? rasanya pegang pensil pun tak berapa betul lagi..tak pe la lama2 mesti bole kan sayang?....

Adam sekarang dah pandai mengira 1-10, selalunya bila naik tangga ke bilik Adam mesti kira 1-10, kadang2 masa main sorang2 pun mulut dia mengira alih2 cakap 3,4,5,6,7...kadang2 betul kiraanye kadang2 terbalik2...tak kisahlah janji dah bole kira...Baca A,B,C kurang sikit, selalu ikut suka dia nak sebut huruf apa, sama la alif, ba , ta juga...Alhamdulillah kat nursery cikgu & teacher ada ajar sikit2, nak harap mama lambat sikit la lagi2 sekarang ni mama dah tak larat sangat, jalan lebih2 pun sakit, nak masak pun malas sangat...selera makan kadang2 takde, tak tau nak makan apa, macam boring tengok nasi....
Adam paling suka kalau mama & papa bawa naik kereta sama2, sepanjang jalan mulut dia bercakap je tak berhenti, sibuk je tanya : apa tu? apa ni?...sampai penat kita nak menjawapnye..Sekarang makin sensitif juga munkin dia tau x lama lagi dah jadi abang tu yang manja melebih2... Kalau kita cakap dia sibuk je pun dah bole nangis sedih, tp kalau dia cakap kita takpe pulak...huhuhu...Suka tarik telinga papa suruh dengar apa yang dia cakap... Kadang2 bila mama membebel2 kat dia, tetiba dia ckp diam2 sambil tunjuk jari kat muka kita suruh diam...garang la pulak....Jeles tu jangan cakap la, mudah2han nanti bila adik dah ada, Adam akan sayangkan adiknya...

Kalau dekat nursery Adam jadi budak yang berdikari, pernah sekali mama hantar pagi2, tengok je dia dari jauh, masuk saja dalam nursery terus letak beg atas meja, pastu ambil susu & bantal beg terus baring dekat tilam. Kalau kat rumah takdenya dia nak buat sendiri semua benda tu, mesti nak mama @ papa buatkan. Sekarang ni kalau nak apa2 kat mama, Adam akan minta dengan suara yang lembut & manja je, kadang2 siap kiss mama lagi, sebab dia tau kalau dia buat macam tu mama mesti tak sampai hati nak tolak...hehehe pandai betul dia ambik hati mama....sayang sangat anak mama ni...:)




ni gambar pagi tadi sebelum mama hantar Adam pergi nursery, kena jalan sendiri ke kereta mama, sbb mama dah tak larat nak dukung lagi, papa pulak kena outstation hari ni...tu yang mama kena hantar  Adam....Selipar pun pakai selipar jepun papa je, tak larat dah nak pakaikan selipar Adam..hehehe mama dah makin malas sebenarnye....



























































Tuesday, April 5, 2011

CAMERON HIGHLANDS

Asssalamualaikum...

Minggu lepas hari Jumaat, papa ada meeting kat Cameron Highlands, projek MARDI, mama & Adam pun tak lepaskan peluang untuk ikut papa ke sana, ye la papa kata ni last dia ada meeting kat sana. Kami bertolak awal dalam pukul 8 pagi, pergi klinik kejap pastu pergi beli breakfast kat McD je makan dalam kereta. Dalam pukul 12 sampai kat Tanah Rata, sejukknya kat CH ni,, best je, tapi kadang2 sejuk sangat tak tahan pulak. Tengahari sampai petang mama & Adam duduk lepak2 je dalam apartment, tunggu papa habis meeting. Dalam pukul 5 petang baru la dapat jalan2 kat CH. Mula2 kitaorang pergi dekat Almashor sebab nak makan ice-cream strawbery. Sedap juga ice-creamnye satu cupRM2.00, masa ni tak beli banyak barang cuma beli jem strawberry & jus buah strawberry. Mula2 plan nak beli buah strawberry kat MARDI je esoknya tapi sampai balik tak juga beli....sebab dah gerak awal..

Lepas tu terus pegi ke pasar malam area Brinchang, rupanya ada pasar malam hari Sabtu & Ahad. Best juga pergi pasar malam banyak jual sayur2, buah2, souvenir & makanan..Malam tak pergi mana2 pun sebab hujan lagipun sejuk sangat nak pijak lantai pun mengigil. Adam pun jalan terjingkit2 bila pijak lantai, mulut pun tak berhenti cakap sejuk2...kena tido awal sebab esok papa kata nak gerak awal dalam pukul 8 juga sebab kalau hari minggu CH ni penuh dengan orang nanti semua jalan jammed. Esoknya dalam pukul 8 dah gerak cari sarapan & nak pergi kat MARDI nak beli strawberry tapi malangnya MARDI tutup pulak, munkin awal lagi,tak de rezeki la nampaknya...munkin lain kali bole pergi lagi kan.... papa???...


strawberry ice-cream RM2 - manis2 masam...



seisi memakan ice-cream....


adam melawat tapak...:)


mama & adam


adam di R&R ....mana ntah..lupa pulak...:)














Thursday, March 31, 2011

HAPPY BIRTHDAY ADAM QHALISH (2 YRS OLD)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam 30.03.2011 genap anak kesayangan mama, Adam Qhalish 2 tahun...Sekejap je rasanya dah masuk umur 2 tahun, rasa macam baru je melahirkan Adam dulu... tak lama lagi dah jadi abang Adam pulak, Doa mama & papa sentiasa mengiringi anak mama ni, semoga Adam Qhalish menjadi anak yang Soleh, diberi kesihatan yang baik, sentiasa dilindungi Allah & diberkati & dirahmati Allah.S.W.T..Amin...Amin Ya Rabbala'lamin....


Sempena birthday Adam yang ke-2 tahun ni, mama plan sambut kat nurseri je.. Beli kek & bawa ke nurseri...Semalam dalam pukul 2 lebih mama pergi ambil kek Adam pastu terus ke nurseri, sebelum tu mama dah call cikgu kat situ, dia cakap Adam tengah tido, mama kata tak pe biar dia tido dulu, tak lama mama sampai mama tengok Adam masih tido, mama pun terus pergi kat Adam cium2 Adam terus Adam terjaga, dengan muka terkejut sebab mama ada kat situ Adam terus bangun tapi tak menangis pun, kalau kat rumah mesti dah menangis...lepas tu Adam duduk je atas riba mama, jadi budak manja, munkin rasa bangga kat kawan2 dia yang lain sebab mama ada datang. Kawan2 pun tak bole la nak terlanggar dia sikit pun mula la nak menangis..hehehe manja betul...

Tak lama tu cikgu2 kat taska pun siapkan meja untuk letak kek birthday Adam, lepas suruh semua budak2 duduk diam, pastu suruh semua kumpul dekat meja... Cikgu panggil Adam duduk tengah2 untuk tiup lilin & potong kek.. Semua kawan2 Adam nyanyikan lagu birthday, tetiba budak lain pulak yang tiupkan lilin Adam, hehehe, kesian Adam tak sempat nak tiup, dah namanya budak2 semuanya excited bila nampak kek..yang penting semua happy lagi2 anak mama ni...sayang sangat kat Adam Qhalish ....Happy Birthday to you...Happy birthday to you...Happy birthday..Happy Birthday...Happy Birthday to Adam Qhalish!!!...muah..muah...muah...


 Adam dengan kawan-kawan


 kek birthday Upin & Ipin...last minute cari kek...:)..kecik sgt tulis nama Adam Qhalish....




seisi nyanyi lagu & potong kek birthday dengan kawan-kawan..Adam serius je muka,....:)