Friday, November 12, 2010

ADAM 1 TAHUN 7 BULAN









Lama juga tak cerita pasal anak mama ni..sekejap je masa berlalu tau-tau Adam dah 1 tahun 7 bulan, Lagi  4bulan dah nak masuk 2 tahun. Cepat sungguh masa berlalu..makin besar makin manja, makin pandai kadang-kadang makin garang juga...Minggu lepas dapat balik Johor setelah sekian lama tak balik...Sejak balik masa cuti Hari Raya  baru minggu lepas dapat balik Johor...Papa asyik sibuk je dengan rumah la, kawan2 la, bola la...etc....Tapi tak puas betul dapat balik sekejap je sebab papa ada gathering dengan kawan2 papa kat Melaka...Adam suka sangat masa balik Johor...pantang nampak orang lelaki semuanya dihulur tangan suruh dukung bawa jalan2 kat luar, nasib baik ramai juga yang melayan...tu yang suka sangat...tapi kesian masa ni Adam tak berapa sihat, demam, selesema & batuk..Paling kesian masa on the way ke Melaka tu bila sampai ke kat Melaka, Adam termuntah dalam kereta ..habis mama pun kena...huhuhuhu...Nasib baik jumpa surau...Last2 aktiviti mama & Adam kat situ duduk & tidur je dalam bilik...Langsung tak join aktiviti yang diaorang buat....Lepas makan ubat Adam tido je sepanjang hari tu yang tak bole keluar bilik... cuma malam je dapat join aktiviti BBQ tu pun tak lama pastu dah balik bilik tido....Tak pe la munkin lain kali bole ikut lagi masa tu harap2 Adam & mama sama2 sihat & bertenaga..hehehe...







































Thursday, November 11, 2010

O-SHIMA JAPANESE RESTAURANT

Dah lama sangat tak menulis kat blog ni...sejak dua tiga menjak ni mood tak menentu ditambah dengan keadaan diri yang sangat2 tidak selesa...mood untuk menulis pun lari jauh2....nak kejar pun tak larat...huhuhu...Mudah2han sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah..Amin....

Sekarang ni selera makan pun tidak menentu...kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa...semua nye macam tak menyelerakan kecuali jika family sendiri yang masak...Memilih betul padahal sendiri yang malas masak..

Nasib baik sejak kerja kat Shah Alam ni ada Sheqin yang sangat2 rajin melayan kerenah & sanggup bawa pergi tempat makan yang berbeza setiap hari...Thanks Kin...Cerita pasal makan semalam kami makan di restoren Jepun yang betul2 Halal...Halal tu yg penting sekarang ni...O-SHIMA..Alhamdulillah akhirnya ada juga restoren makanan jepun yang betul2 halal kat S.Alam ni...Sebab yakin Halal..tuan punya restoren ni orang Melayu.semua bahan yang digunakan juga Halal jadi tak perlulah lagi rasa was-was macam makan kat $u$h! K!ng tu...ramai juga ye muslim makan kat situ walaupun takde sijil Halal Jakim...Semalam makan Soft Shell Crab Don & Chawan Mushi.sedap gak dah lama teringin nak makan soft shell crab ni...Lain kali nak cuba makan Bento pulak....Nanti bole ajak papa & adam makan kat sini sebab papa pun minat dengan makanan jepun ni...Malam katanya ada steamboat..menarik juga tu....Baru harini tau restoren ni pun buka cawangan kat Section 9 Shah Alam..O-Shima Ramen @ Oasis 9...ok..Jom Jalan-Jalan Cari Makan......