Thursday, November 11, 2010

O-SHIMA JAPANESE RESTAURANT

Dah lama sangat tak menulis kat blog ni...sejak dua tiga menjak ni mood tak menentu ditambah dengan keadaan diri yang sangat2 tidak selesa...mood untuk menulis pun lari jauh2....nak kejar pun tak larat...huhuhu...Mudah2han sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah..Amin....

Sekarang ni selera makan pun tidak menentu...kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa...semua nye macam tak menyelerakan kecuali jika family sendiri yang masak...Memilih betul padahal sendiri yang malas masak..

Nasib baik sejak kerja kat Shah Alam ni ada Sheqin yang sangat2 rajin melayan kerenah & sanggup bawa pergi tempat makan yang berbeza setiap hari...Thanks Kin...Cerita pasal makan semalam kami makan di restoren Jepun yang betul2 Halal...Halal tu yg penting sekarang ni...O-SHIMA..Alhamdulillah akhirnya ada juga restoren makanan jepun yang betul2 halal kat S.Alam ni...Sebab yakin Halal..tuan punya restoren ni orang Melayu.semua bahan yang digunakan juga Halal jadi tak perlulah lagi rasa was-was macam makan kat $u$h! K!ng tu...ramai juga ye muslim makan kat situ walaupun takde sijil Halal Jakim...Semalam makan Soft Shell Crab Don & Chawan Mushi.sedap gak dah lama teringin nak makan soft shell crab ni...Lain kali nak cuba makan Bento pulak....Nanti bole ajak papa & adam makan kat sini sebab papa pun minat dengan makanan jepun ni...Malam katanya ada steamboat..menarik juga tu....Baru harini tau restoren ni pun buka cawangan kat Section 9 Shah Alam..O-Shima Ramen @ Oasis 9...ok..Jom Jalan-Jalan Cari Makan......
















1 comment:

  1. Salam Pn. Ani. Niza sini, manager kat sec. 26. terima kasih atas komen & penghargaan anda. kami juga cater untuk sebarang majlis harijadi, perpisahan even majlis perkahwinan. kami juga menyediakan function room (tatami seat room) untuk digunakan bagi majlis2 tersebut.

    Untuk tempahan, sila hubungi Niza (012-421 1309/019-478 1309).

    Salam Aidiladha daripada kami di O-Shima Japanese Restaurant

    ReplyDelete