Assalamualaikum,
Aduiii sakitnya hati bila tengok kejadian2 yang sangat2 menakutkan kat taska@ nurseri sekarang ni. Kebanyakan pengasuh kat taska@ nurseri suka buat kerja sambil lewa je @ senang cakap pemalas...Semalam baca kat blog sini pasal taska kurang ajar..urmmmm memang kurang ajar & melampau tau diorang ni... Dahla kita bayar dia suruh jaga anak2 kita , diorang bole buat kerja sambil lewa je..yang dioarang tau tiap2 bulan ibubapa bayar yuran taska... Nanti kalau dah berlaku kejadian2 yang tak diingini baru nak menyesal...tak berguna dah...kalau dah berlaku baru nak menyesal....
Zaman skarang ni zaman mak, ayah kena berkerja lagi kalau duduk kat kawasan bandar , semuanya duit..duit..duit... lain la kalau dah memang kaya raya, tak pelah duduk rumah goyang kaki je sambil jaga anak2...Tapi bila kita lepaskan tanggungjawab jaga anak kat taska lain pulak jadinya...Kena pulak dapat pengasuh yang tak jujur & kejam.. Kesiannya kat budak2 & baby kat taska, Ntah apa2 je yang terjadi semasa peninggalan ibu bapa mereka...Mudah2an semua anak2 kat taska sentiasa dilindungi Allah... Sedih sangat kalau berlaku benda2 yang tak elok, minta dijauhkan la....
Risau betul la...harap2 anak mama sentiasa dilindungi Allah, walaupun kejadian ni bukan berlaku dekat taska Adam, tapi tiap2 hari mama sentiasa risaukan Adam..Kita tak bole percayakan 100% kat orang untuk jaga anak kita...sebab kebanyakan pengasuh ni pun ada yang muda2 lagi, belum berkahwin, perasaan jaga anak tu tak sama macam orang yang dah ada anak... Tu la kadang2 sakit hati juga bila Adam balik rumah je bila mandikan petang terjerit2 sakit dia, rupanya habis punggung dia merah2 gara2 pengasuh dia lambat tukarkan pampers kalau dah berak, Sian tengok merah2, kadang2 sampai luka,...sedih & sakit hati betul, kena tegur baru la diaorang ni berhati2 sikit... Lagi satu kadang2 bila kita jemput awal, boleh pulak pengasuh yang bujang ni melepak kat luar taska dengan kawan lelakinya (berdating)...ishh melampau betul ni nak kerja ke nak berdating, bole pulak tinggalkan budak2 tu kat dalam taska, nanti dah jadi apa2 baru nak kelam kabut....Macam2 hal...
Okla buat semua ibu bapa, sentiasa la ambil tahu pasal anak2 & keadaan nurseri anak2 anda, kalau nak cerita lagi panjang pasal nurseri ni, ada je benda yang kita tak puas hati....Buat semua pengusaha nurseri & pengasuh2 kat nurseri jagalah amanah orang dengan jujur & ikhlas.. setiap apa yang kita buat pasti akan ada balasannya....
Wassalam...
thanks to lakaranhatii.blogspot. sbb share info ni....
Mama kepada sepasang cahayamata Adam Qhalish & Aeryna Qhalisha. Menulis sebagai hobi di masa lapang untuk kenangan diri sendiri & buat tatapan anak2 tercinta..
Thursday, January 13, 2011
Wednesday, January 12, 2011
LUNCH HARINI & SIMANJA ADAM QHALISH
Selamat Tahun Baru 2011.. ini la entri pertama untuk tahun ni..makin lama makin kurang menulis, bila ada idea nak tulis masa pula tak ada, bila ada masa nak tulis idea pun dah hilang...huhuhu...ni nasib baik ada idea & ada masa baru la bole tulis blog...
Hari ni sorang2 je lunch...Shikin tak de, mc..so kena la makan sorang2...pening juga pikir nak makan apa tadi, sambil drive pun sambil pikir, hampir2 nak makan kat pizza hut tapi bila pikir malam tadi baru lepas makan KFC so terus je drive ke Giant...Dah parking pun masih tak tau nak makan apa, pusing2 sikit kat Giant ternampak Cool Blog, pastu terus stop situ order ABC Cool Blog siap minta extra jelly, bubble & cincau lagi. RM 4.00....Dah lama tak minum kat sini..dulu pernah beli sekali lepas je minum terus pening sebab masa tu tengah panas sangat tetiba minum terus ais terus kepala jadi pening...tapi nasib baik tadi minum rasa ok je,,perut plak rasa kembung sebab banyak sgt minum...Lepas tu terus turun tingkat bawah pergi kat Subway pulak order Steak & Cheese Sandwich, mcm kurang sikit la rasanye, tuhari makan Chicken Teriyaki macam ok sikit...tak pe la lain kali cuba lain pulak....
Nampaknya malam ni kena masak nasi , klu tak masuk hari ni dah 2 hari plak tak makan nasi...Sekarang bole dikatakan hari2 masak..kadang2 masak nasi, kadang2 masak mee je. sebab papa nak makan malam...Adam pun dah pandai bila pergi dapur tengok meja makan, siap ambil mangkuk kosong cakap nasi..nasi..nasi... Happy je rasa klu tgk Adam makan apa yang mama masak sambil cakap sedap...sedap..sedap...hehehe...ni yang buat mama bersemangat nak masak...
Cerita sikit pasal Adam...sekarang ni dah masuk 1 tahun 9 bulan... kuat mengadu sekarang ni...Tuhari balik dari nurseri kepala benjol...Papa kata masa dalam kereta dia main je , mulut pun bising, elok je papa masuk parking kat rumah terus dia cakap .... sakit2..jatuh.... sambil tunjuk benjol kat kepala.. Bila masuk rumah nampak mama lagi kecoh mulut dia, ckp sakit suruh letak ubat...manja betul memang tak bole sakit sikit mesti bising mulut dia suruh letak ubat...mama pun tuam sikit dengan ais...Dua minggu lepas jari terluka punya la Adam takut tengok darah dia, sambil nangis cakap nak ubat, penat la mama & papa kena gilir2 tiup jari dia sampai dia tertido....Bila tanya nak pergi hospital jumpa doktor tak?..adam cakap nak jumpa doktor & pergi hospital...hehehe...sakit sikit pun nak ke hospital ke? Adam...adam...
Sekarang susah sikit nak tido malam pastu nak bangun pagi pun susah ..Kalau hari cuti kadang2 Adam bangun pukul 9 , hari biasa mesti nangis bila bangun sebab tak puas tido...Tu la susah sangat nak tido malam siang pun susah nak bangun...masa nak suruh tido masa tu la dia nak jadi kucing comel sambil merangkak2 datang kat mama suruh angkat dgn mulut dia bunyi meow3...mmg comel x sampai hati nak marah...Kadang dia jadi hantu nak takutkan mama, siap angkat tangan sambil mulut kuarkan bunyi2 & mata pun dia tenung2 kita...hehehe lawak betul... bila adam jadi kucing comel & hantu comel....Memang pandai ambil hati mama sekarang ni & bertambah2 manja....sabar je la.....
Subscribe to:
Posts (Atom)