Showing posts with label Macam2. Show all posts
Showing posts with label Macam2. Show all posts

Friday, January 13, 2012

OMBAK RINDU.... ADAM

Salam Jumaat..

Hehehe tajuk entry...Ombak Rindu Adam....tak bole bla nya...masa semua orang sibuk2 tengok cerita ni, mama macam takde perasaan pun nak tengok...memang sejak kawin tak pernah pun tengok wayang...papa kata baik tengok kat umah...huhuhu...sejak ada anak lagi la jangan harap la nak dapat pegi....tu yang tak berapa kisah sangat ngan cerita2 yang keluar kat wayang...kadang2 cerita2 best kat tv pun tak berkesempatan nak tengok...sadis betul...lama2 jadi tak berapa heran sangat dgn cerita2 kat tv, walaupun ada kawan2 cakap ada cerita best, sebab selalunya kalau tengok tak pernah dapat tengok sampai habis....

Minggu lepas masa papa pergi stadium tengok bola,  tetiba mak ya sms cakap best cerita ombak rindu ni, dia pun baru langgan kat astro first bayar rm15.00 bole tengok selama 2 hari berturut2..Dari komen kawan2 semua ckp cerita ni best bole mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri, cerita pun sedih...Masa tu dah pukul 8 lebih baru mama langgan astro first, tengok2 cerita ni dah pun separuh...Tapi masa tengok ni tak dapat tengok betul2 sebab adik Aeryna nak tido.. Tapi Adam Qhalish tekun je tengok cerita ni, diam je dia, bila ada  part yang sedih dia pun sedih, mata pun merah, bila mama tanya Qhalish sedih ke? dia jawab : Qhalish sedih mama...hahahaha terus mama gelak kuat2 ....sian anak mama ... mama masa tu tengok cerita ni macam tak de perasaan...anak mama pulak yang beria2 sedih...hahahaha...Qhalish...Qhalish.....

Esoknya mama sambung lagi tengok part yang 1 jam pertama, ada sedih sikit la tapi takde la sampai menangis, masa ni Adam Qhalish pun tengok, siap sedih lagi, pastu tanya kat mama: Mama tak sedih ke? hahahaha mama jawab tak...bila mama tanya dia balik, dia jawab Qhalish sedih...Adoiii anak bujang mama ni berjiwa sensitif pulak dia...Kesimpulan yang mama dapat beri lepas tengok cerita ni dalam 2 masa yang berbeza ialah...cerita biasa2 je macam cerita drama2 melayu yang lain...tak de la rasa cerita ni best sangat mcm yang kawan2 cakap tu...ntah la lain orang lain pendapat dia kot..Seingat2 mama , dulu macam pernah beli novel Ombak Rindu ni...tapi tak tau letak mana...nanti ada masa nak pegi selongkar store nak cari...rasa2nya baca novel dia lagi best kot.....Ntah bila la dapat baca novel, kalau majalah pa&ma tu pun sebulan belum tentu habis baca, paper pun sama kadang2 beli je bacanya tidak....masa sangat2 mencemburui mama sekarang...nampaknya kena plan betul2 sekarang ni, kalau tak memang sentiasa tak cukup masa padahal baru anak dua...:)..

Abang Qhalish yang berjiwa sensitif....hehehehe



Saturday, January 7, 2012

SALAM 2012

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru 2012, dah terlewat seminggu ......ni la entry pertama di tahun baru...:)
.
Lama betul tak dapat update blog, ada banyak sebab2 yang tak dapat dielakkan........alasan bagi orang yang malas seperti saya,,,:)...

Hari ni sangat terkejut dan sedih bila dapat berita kawan lama telah kembali ke rahmatullah..Al-Fatihah buat Arwah NoorJuliana...semoga ditempatkan bersama-sama yang beriman....Teringat kenangan dulu pernah duduk serumah dengan arwah masa kerja di Seremban...Seingat saya, arwah tak pernah menyakitkan hati saya, dia mmg baik sangat...seorang yang happy go lucky....Baru 2 bulan lepas jumpa balik dekat facebook,  tau2 hari ni dia dah tak de...Dia meninggal 25hb December lepas akibat komplikasi bersalin anak ke-3, Sampai sekarang baby masih kat hospital...siannnya la kat baby sebab ibu dia dah tak de....Lagi kesian kat anak dia yang umur 6tahun & 3 tahun yg sedih & murung rindukan ibunya...Siannye anak sekecil itu yang masih tak paham pasal kematian dah masih sangat2 perlukan ibu agar selalu ada disamping mereka...Diharapkan suami arwah tabah & sabar dengan ketentuan Allah & diberi kekuatan & kesihatan yang baik untuk membesarkan anak2 mereka....Amin.....















Tuesday, March 15, 2011

AL-FATIHAH

Assalamualaikum....

Jumaat malam lepas dapat berita sedih dari kakakku, kesian sangat...family adik ipar kakak accident teruk sangat sehingga ada yang meninggal dunia...Isteri & 2 anak umur 9 & 3 tahun meninggal kat situ, suami & anak sulung, 13 tahun cedera parah....Sampai sekarang ni suami dia x sedar lagi masih kat icu...Alhamdulillah anak yang sulong makin bertambah baik & dipindahkan ke ward biasa.. tp kesian juga patah pelvik & hatinya luka...Buat masa ni kakak masih bercuti tolong jaga kat hospital..Sedih dengar cerita dia bila anak yang sulong tu asyik bertanya mana mama & adik2 dia, hakikatnya mereka semua dah takde...Al-Fatihah untuk yang telah meninggal semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin...

Macam mana sekalipun kita kena redha dengan apa yang berlaku, dah ketentuan Allah jadi begitu...kita semua pun tak tahu bila ajal & maut kita, yang penting jangan terlalu leka dengan dunia ni sampai tak ingat akhirat... pesanan ni pun untuk diri sendiri gak yang kadang2 pun alpa dengan duniawi..Semoga kita semua terhindar dari bala bencana dan sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...Amin....

























Tuesday, February 1, 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR!

Asssalamualaikum....

Wah bestnye pergi keje sekarang jalan clear je, ye la dah ramai yang start cuti panjang....Nasib baik tahun ni cuti raya cina ni jatuh hari Khamis, so dapat cuti panjang terus sampai ke Ahad... tu yang best tu...Tapi tahun ni tak macam dulu, tak apply cuti pun cuma ikut je cuti kat kalender tu lagipun takde planning pun nak pergi mana-mana.....duduk kat umah je la bak kata papa....sekarang tak boleh jalan sangat kena duduk rumah je, lagipun papa nak kemas rumah.... dah sebulan lebih pun tak habis2 kemas lagi....uhhhh letih....

Tak pela pelan-pelan kemas, janji rumah tak berselerak sangat...Cuti panjang ni pun best gak duduk lepak kat umah boleh rehat sepuas2nye sambil main2 ngan Adam...ermmm bertambah manja la dia klu kita cuti lama2 macam ni...mulut pun makin kuat membebel...


 Gelagat Adam masuk dalam container ni budget badan dia muat untuk sembunyi dari mama....


Ni plak berangan jadi driver nak gantikan papa...sabar ye sayang, tak lama lagi bole jadi driver mama ye...









Ok la tak de apa sangat pun nak tulis, wish to all my chinese frens Happy Chinese New Year & Gong Xi Fa Cai!






























Thursday, January 13, 2011

PENGASUH TASKA YANG TIDAK BERHATI PERUT..KEJAM

Assalamualaikum,

Aduiii sakitnya hati bila tengok kejadian2 yang sangat2 menakutkan kat taska@ nurseri sekarang ni. Kebanyakan pengasuh kat taska@ nurseri suka buat kerja sambil lewa je @ senang cakap pemalas...Semalam baca kat blog sini pasal taska kurang ajar..urmmmm memang kurang ajar & melampau tau diorang ni... Dahla kita bayar dia suruh jaga anak2 kita , diorang bole buat kerja sambil lewa je..yang dioarang tau tiap2 bulan ibubapa bayar yuran taska... Nanti kalau dah berlaku kejadian2 yang tak diingini baru nak menyesal...tak berguna dah...kalau dah berlaku baru nak menyesal....

Zaman skarang ni zaman mak, ayah kena berkerja lagi kalau duduk kat kawasan bandar , semuanya duit..duit..duit... lain la kalau dah memang kaya raya, tak pelah duduk rumah goyang kaki je sambil jaga anak2...Tapi bila kita lepaskan tanggungjawab jaga anak kat taska lain pulak jadinya...Kena pulak dapat pengasuh yang tak jujur & kejam.. Kesiannya kat budak2 & baby kat taska, Ntah apa2 je yang terjadi semasa peninggalan ibu bapa mereka...Mudah2an semua anak2 kat taska sentiasa dilindungi Allah... Sedih sangat kalau berlaku benda2 yang tak elok, minta dijauhkan la....

Risau betul la...harap2 anak mama sentiasa dilindungi Allah, walaupun kejadian ni bukan berlaku dekat taska Adam, tapi tiap2 hari mama sentiasa risaukan Adam..Kita tak bole percayakan 100% kat orang untuk jaga anak kita...sebab kebanyakan pengasuh ni pun ada yang muda2 lagi, belum berkahwin, perasaan jaga anak tu tak sama macam orang yang dah ada anak... Tu la kadang2 sakit hati juga bila Adam balik rumah je bila mandikan petang terjerit2 sakit dia, rupanya habis punggung dia merah2 gara2 pengasuh dia lambat tukarkan pampers kalau dah berak, Sian tengok merah2, kadang2 sampai luka,...sedih & sakit hati betul, kena tegur baru la diaorang ni berhati2 sikit... Lagi satu kadang2 bila kita jemput awal, boleh pulak pengasuh yang bujang ni melepak kat luar taska dengan kawan lelakinya (berdating)...ishh melampau betul ni nak kerja ke nak berdating, bole pulak tinggalkan budak2 tu kat dalam taska, nanti dah jadi apa2 baru nak kelam kabut....Macam2 hal...

Okla buat semua ibu bapa, sentiasa la ambil tahu pasal anak2 & keadaan nurseri anak2 anda, kalau nak cerita lagi panjang pasal nurseri ni, ada je benda yang kita tak puas hati....Buat semua pengusaha nurseri & pengasuh2 kat nurseri jagalah amanah orang dengan jujur & ikhlas.. setiap apa yang kita buat pasti akan ada balasannya....




Wassalam...

thanks to lakaranhatii.blogspot. sbb share info ni....
































Thursday, September 2, 2010

SEMALAM YANG SADIS..

Semalam sangat kesian..hampir2 ter'miss' waktu berbuka...hehehe selalu orang miss sahur bole pulak nak ter'miss' buka posa...Semalam masa on the way balik rumah mama dah rasa semacam je..letih sangat pastu kepala sakit ditambah dengan rasa loya..Masa dalam monorail ok lagi sebab sekejap je..tapi masa dalam lrt yang penuh tu dah rasa letih sgt mcm tak larat je kena berdiri pulak tu...sambil pegang beg beisi kuih raya..Agak lama juga baru dapat 'seat'..Masuk je kereta terus rasa letih pastu asyik la sendawa tak berhenti2 sambil nak termuntah..Drive juga pelan2..tengok2 minyak nak habis pulak so terpaksa la stop kejap kat stesen minyak..Sampai rumah dalam pukul 6.40..Tengok2 papa & Adam tengah tido kat depan tv..Mama pun terus naik atas sebab nak mandi & Solat Asar..tengok jam "eh baru pukul 6.45pm.. kalau tido 10 minit ni ok kot sakit sangat kepala ni  tak larat betul."..tp masa tu terpikir gak nanti aku tido ni sekali terjaga pukul 7 lebih kang tak sempat pulak nak masak air..tapi masa tu dah terbaring pun..Tiba2 terjaga dah pukul 7.10pm..aduiiii terkejutnya sbb tak mandi & solat lagi..cepat2 masuk bilik air mandi, pastu solat..Masa tu kt bwh dgr Adam dah menjerit2 nangis..tula kalau tido nak maghrib mesti nangis..Lepas solat cepat2 turun bawah tengok papa tengah panaskan lauk2 yg dibeli, masak air & nasi..terus ambik Adam dukung dia..x nak letak la pulak....tengok nasi pun belum masak lagi azan maghrib dah masuk so mama minum air masak je nasib baik ada kuih sikit.. Sian papa masih sibuk panaskan lauk..minum air soya pastu terus solat Manghrib..Mama kena la pujuk Adam..Lama juga baru dia ok.ermmm...nasib baik juga la terjaga sblm maghrib klu tak lagi haru dibuatnya... Sahur pun nyaris2 tak bangun sebab papa terlupa pasang 'alarm'...huhuhu nasib baik Adam nangis nak susu tengok2 dah 4.45 a.m..klu Adam tak kejut pasti mama & papa tak bersahur ..huhuhuhu..sadis sungguh semalam....


ni la kuih2 yang mama order chockosh & tart nenas tp ada lg satu furry balls..xder plak photo dia...rasanya bole la... x sabar nak rasa kuih raya yang mak long & cik ana buat pulak.
















Friday, August 27, 2010

CUTI NUZUL QURAN

 sekadar gambar hiasan...hehehehe

Hari ni public holiday sempena Nuzul Quran.. tapi Selangor je..mama keje kat K.L lak pulak so x dapat la cuti mcm papa..Dah la hari ni Jumaat terpaksa juga hantar Adam ke nurseri..Papa kata nanti susah dia nak pegi Solat Jumaat & beli makanan kat bazar... Sian Adam. Rupa-rupanya taska tutup harini sebab ikut Selangor public holiday..patut la masa mama sampai tadi gelap je tapi nasib baik staff dia stay kat situ so dia kata bole jaga juga...Rupa2nya diaorang dah tulis kt board cakap cuti tp tak perasan la pulak..huhuhuhu..nasib baik owner taska ckp tak pe bole hantar cuma kena charge public holiday..so kena tambah sikit la..Full Day RM35.00, Half Day RM 20.00..ooo takde la la mahal sgt bole la nak buat mcm mana...Dia kata harini ada 3 orang budak je yang dihantar kat taska...maksudnya ramai gak la parents kt situ yg kerja kat negeri Selangor tak pun mmg ramai dah apply cuti .Kan best klu sekarang ni Department mama dah transfer S.Alam ofc... bole cuti gak...apesal la nak tunggu sampai lepas raya baru nak pindah ni...dah berkobar2 nak pindah dah tak larat dah naik berkejar2 naik lrt & monorail tu..bosan yang amat ..huhuhuhu...
 Kesian papa harini kena buka puasa sorang2 je kat umah...nasib baik ada Adam..hehehe...mama ada buka puasa kt luar plak..,tu la masalahnye klu apa2 event yang ofc arrange mesti kena pergi sorang je..sian papa & Adam..huhuhuhu..tak pela nanti ofc papa buat buka puasa kita pergi sama2 ye ..hehehehe...




























Tuesday, August 10, 2010

KES PEMBUANGAN BAYI



sedihnya tgk klip video ni..semoga ianya memberi kesedaran kepadaku dan semua...


InsyaAllah lagi sehari saja umat islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak..tapi yang sangat-sangat menyedihkan dan menyakitkan hati kita sebagai manusia normal ialah kes-kes pembuangan bayi yang semakin hari semakin menjadi..Cukup tersentuh hati bila setiap hari ada sahaja berita mengenai kes pembuangan bayi yang tak berdosa ini, ada yang ditinggalkan di masjid, tepi longkang, stesen bas, dalam longkang, dalam tong sampah dah banyak lagi tempat yang munkin tidak kita ketahui. Sebelum ni ada kes pembuangan bayi di dalam longkang, mujur sempat ditemui oleh seorang budak & dapat di selamatkan. Mengejutkan juga tidak sampai sehari timbul lagi kes seperti ini. Mana la pergi sifat kemanusian manusia yang buat begini..kenapalah di saat kita semua mahu menyambut bulan yang mulia tapi disajikan dengan berita-berita yang menyakitkan & menyedihkan hati ini.Dunia dah akhir zaman semakin hari semakin banyak peristiwa pelik berlaku tapi manusia tetap tidak mahu berubah ke arah kebaikan..Kalau difikirkan  rasa sungguh takut sebab zaman sekarang macam-macam dah berlaku apatah lagi pada zaman anak-anak kita nanti. Apa yang penting kita semua kena kembali kepada ajaran Islam berlandaskan Al-Quran & Sunnah Rasullullah. Di doakan semoga sempena bulan yang mulia ni seluruh umat Islam akan bersatu & bersama-sama membanteras kes pembuangan bayi ini daripada terus berleluasa. Semoga kesedaran & keinsafan akan terbit dalam diri setiap umat islam untuk bertaubat dan menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang Soleh & Solehah...Amin...





Friday, May 14, 2010

seribu keinsafan

Seribu keinsafan terbit dari hati...First time tengok gambar ni terus rasa sedih yang amat sangat sampai mengalirkan air mata. Mula terpikir kat anak sendiri. Macam mana dia? dah di beri makan ke? menangis ke?..tido ke?...apa2 je la...Sejak menjadi ibu perasaan pun jadi lain ...jadi lebih sensitif lagi2 bila melibatkan hal anak2... tak kira la anak siapa... lagi2 anak2 kecil yang masih tak mengerti apa2 tu..

Kalau tengok gambar ni...betapa sayangnya abang terhadap adiknya.. kesian sungguh mereka berdua ni..hidup dalam serba kedaifan, serba kekurangan. Ke manalah perginya ayah & ibu mereka ataupun mereka memang telah kehilangan ayah & ibu tercinta. Mula terpikir alangkah bertuahnya hidup kita yang sentiasa hidup dalam kemewahan & penuh kasih sayang daripada ibu bapa sedangkan mereka berdua ini tiada siapa2 pun disamping mereka. Lihat pada pakaian si abang & si adik.. sedih sungguh..Entah berapa lama & sampai bila akan memakai pakaian yang sama itu.. kesiannya  bila malam menjelma dengan nyamuk lagi.. kesejukkan lagi.. Apalah yang mampu dibuat oleh abang yang sekecil itu untuk adikknya.. Makanan...nampaknya macam tiada apa yang bole dimakan .. botol susu si adik hanya berisi air putih bukanlah air susu yang sepatutnya diminum oleh anak2 seusianya. Betapa abang dan adik ini kelaparan & kepenatan dalam meneruskan hidupnya. Memang gambar ini membawa seribu keinsafan dalam diriku, menyedarkan diri sendiri tentang betapa beruntung & bertuahnya hidup.Semoga keinsafan ini akan terus berkekalan dalam diriku.