Tuesday, March 1, 2011

HAPPY BIRTHDAY PAPA!


Asssalamualaikum....

Hari minggu kami sekeluarga macam biasa, banyak duduk kat rumah, rehat2 & tido2 je... selalu Sabtu lauk kat rumah mesti dah habis, jadi biasanya akan pergi ke Jusco Taman Equine untuk barang2 dapur... selalu pergi pun lewat jugak dalam pukul 11 lebih..pagi tu makan la apa2 yg patut kat rumah, sekarang setiap minggu papa suruh buat pancake je, senang je buatnya sebab beli premix pancake, so cuma tambah air & telur, ini la breakfast papa & adam setiap hujung minggu, tapi mama tak lalu nak makan pancake ni selalunya masak benda lain untuk mama...

Dalam pukul 12 kami pun sampai kat Jusco, pergi kat tempat barang2 baby kejap sebab nak belikan mandian & berus botol Adam, pastu terus turun ke supermarket beli barang-barang basah..Macam biasa la beli ayam seekor, lala (tiap2 minggu mesti beli lala, papa suka sgt mkan lala), sayur sikit & barang2 sikit...Tengok jam dah nak pukul 1 perut dah lapar, so mama pun ajak papa makan kat Kenny Rogers, mama belanja sempena birthday papa 23 february...tak beli kek pun papa kata dia tak nak kek, so belanja makan je la....Mama memang suka ayam KR ni, klu mkn rasa x cukup je, tp xkan nak makan sampai 2 set, over la plak...Adam macam biasa la makan main2 je, tp mulut bising je cakap sedapnye...sedapnye, dia suka makan banana muffin tu....

Lepas makan dalam pukul 2 kami pun balik rumah sebab Adam dah mengantuk, dia bangun awal harini, 6.30 dah bangun... balik rumah semua tido kepenatan.....hehehe...Ok la sempena birthday papa yang ke 35 ni mama & Adam ucapkan Happy birthday, semoga papa diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezki, dilindungi & dirahmati Allah & semoga kita sekeluarga sentiasa berbahagia hingga ke syurga...Amin.....



























1 comment:

  1. Salam..Jemput sertai Forum komuniti Bandar Putra Permai di
    E Komuniti Bandar Putra Permai dan dapatkan info terkini kejiranan, aduan, cadangan, iklan servis dan perkhidmatan anda.

    ReplyDelete