Thursday, March 31, 2011

ADAM & KISMIS

Assalamualaikum...



berjaya membuka botol kismis, terus je makan kismis tanpa henti....


happy betul Adam lepas berjaya buka botol kismis ni sendiri....


termenung sekejap, banyak sangat makan kismisnya...

ni gaya nak membodek mama sebab dah makan banyak sangat....:)

Adam sekarang suka sangat makan kismis...Ni gara-gara tuhari kawan papa baru balik dari umrah dia bagi semangkuk kismis & buah kurma, Berbiji-biji dia makan sampai habis kismis tu.. Hari Isnin tuhari mama pergi giant dekat2 office ni pastu ternampak Kismis Tok Guru yang dijual kat kisok2 kecil tu, terus mama beli sebotol RM 10 je...tapi tak bole tunjuk selalu kat Adam, nanti tak berhenti dia asyik minta je, kena kontrol sikit bagi dia...Sekarang ni kalau nak apa-apa, Adam akan buat suara yg lembut je sebab dia tau mama mesti akan ikut, kalau dia nangis2 nak nanti mama marah dia, sebab tu dia cakap baik2 je...kadang-kadang siap kiss dulu mama kalau nak apa-apa, mana la mama tak cair dengan dia...Adam..Adam.....
















Thursday, March 24, 2011

SELAMAT HARI KHAMIS..:)

Assalamualaikum....

Wah dah hari Khamis, makin hari makin cepat masa berlalu....kadang-kadang rasa baru sahaja weekend tetiba dah jumpa weekend semula... Paling suka kalau weekend ni siapa lagi Adam Qhalish la, tak payah pergi sekolah pastu bole manja2 & main2 je sepanjang hari dengan mama & papa....

Petang ni, Tok Mek & Ayah Long sampai sini & akan tido kt umah,.. Cik Ngah & kak Long pun datang tido sini sebab esok nak hantar Tok Mek & Ayah Long ke KLIA, diaorang nak pergi Umrah selama 2 minggu...Semoga Tok Mek & Ayah Long sentiasa diberi kesihatan yang baik, sentiasa dilindungi Allah,  dipermudahkan segala urusan Umrah di Tanah Suci & selamat pergi & kembali semula...Amin....


Tak lama lagi birthday Adam Qhalish yang ke -2 Tahun, apa hadiah nak bagi ye....:)


Adam main tepung sapu2 kat muka, dia ingat tepung tu bedak....masa ni baru je lepas botakkan dia....



Baru lepas mandi tapi tak pakai baju lagi....:)


























Tuesday, March 15, 2011

AL-FATIHAH

Assalamualaikum....

Jumaat malam lepas dapat berita sedih dari kakakku, kesian sangat...family adik ipar kakak accident teruk sangat sehingga ada yang meninggal dunia...Isteri & 2 anak umur 9 & 3 tahun meninggal kat situ, suami & anak sulung, 13 tahun cedera parah....Sampai sekarang ni suami dia x sedar lagi masih kat icu...Alhamdulillah anak yang sulong makin bertambah baik & dipindahkan ke ward biasa.. tp kesian juga patah pelvik & hatinya luka...Buat masa ni kakak masih bercuti tolong jaga kat hospital..Sedih dengar cerita dia bila anak yang sulong tu asyik bertanya mana mama & adik2 dia, hakikatnya mereka semua dah takde...Al-Fatihah untuk yang telah meninggal semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin...

Macam mana sekalipun kita kena redha dengan apa yang berlaku, dah ketentuan Allah jadi begitu...kita semua pun tak tahu bila ajal & maut kita, yang penting jangan terlalu leka dengan dunia ni sampai tak ingat akhirat... pesanan ni pun untuk diri sendiri gak yang kadang2 pun alpa dengan duniawi..Semoga kita semua terhindar dari bala bencana dan sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...Amin....