Tuesday, August 10, 2010

KES PEMBUANGAN BAYI



sedihnya tgk klip video ni..semoga ianya memberi kesedaran kepadaku dan semua...


InsyaAllah lagi sehari saja umat islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak..tapi yang sangat-sangat menyedihkan dan menyakitkan hati kita sebagai manusia normal ialah kes-kes pembuangan bayi yang semakin hari semakin menjadi..Cukup tersentuh hati bila setiap hari ada sahaja berita mengenai kes pembuangan bayi yang tak berdosa ini, ada yang ditinggalkan di masjid, tepi longkang, stesen bas, dalam longkang, dalam tong sampah dah banyak lagi tempat yang munkin tidak kita ketahui. Sebelum ni ada kes pembuangan bayi di dalam longkang, mujur sempat ditemui oleh seorang budak & dapat di selamatkan. Mengejutkan juga tidak sampai sehari timbul lagi kes seperti ini. Mana la pergi sifat kemanusian manusia yang buat begini..kenapalah di saat kita semua mahu menyambut bulan yang mulia tapi disajikan dengan berita-berita yang menyakitkan & menyedihkan hati ini.Dunia dah akhir zaman semakin hari semakin banyak peristiwa pelik berlaku tapi manusia tetap tidak mahu berubah ke arah kebaikan..Kalau difikirkan  rasa sungguh takut sebab zaman sekarang macam-macam dah berlaku apatah lagi pada zaman anak-anak kita nanti. Apa yang penting kita semua kena kembali kepada ajaran Islam berlandaskan Al-Quran & Sunnah Rasullullah. Di doakan semoga sempena bulan yang mulia ni seluruh umat Islam akan bersatu & bersama-sama membanteras kes pembuangan bayi ini daripada terus berleluasa. Semoga kesedaran & keinsafan akan terbit dalam diri setiap umat islam untuk bertaubat dan menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang Soleh & Solehah...Amin...





No comments:

Post a Comment