Tuesday, August 10, 2010

KES PEMBUANGAN BAYI



sedihnya tgk klip video ni..semoga ianya memberi kesedaran kepadaku dan semua...


InsyaAllah lagi sehari saja umat islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak..tapi yang sangat-sangat menyedihkan dan menyakitkan hati kita sebagai manusia normal ialah kes-kes pembuangan bayi yang semakin hari semakin menjadi..Cukup tersentuh hati bila setiap hari ada sahaja berita mengenai kes pembuangan bayi yang tak berdosa ini, ada yang ditinggalkan di masjid, tepi longkang, stesen bas, dalam longkang, dalam tong sampah dah banyak lagi tempat yang munkin tidak kita ketahui. Sebelum ni ada kes pembuangan bayi di dalam longkang, mujur sempat ditemui oleh seorang budak & dapat di selamatkan. Mengejutkan juga tidak sampai sehari timbul lagi kes seperti ini. Mana la pergi sifat kemanusian manusia yang buat begini..kenapalah di saat kita semua mahu menyambut bulan yang mulia tapi disajikan dengan berita-berita yang menyakitkan & menyedihkan hati ini.Dunia dah akhir zaman semakin hari semakin banyak peristiwa pelik berlaku tapi manusia tetap tidak mahu berubah ke arah kebaikan..Kalau difikirkan  rasa sungguh takut sebab zaman sekarang macam-macam dah berlaku apatah lagi pada zaman anak-anak kita nanti. Apa yang penting kita semua kena kembali kepada ajaran Islam berlandaskan Al-Quran & Sunnah Rasullullah. Di doakan semoga sempena bulan yang mulia ni seluruh umat Islam akan bersatu & bersama-sama membanteras kes pembuangan bayi ini daripada terus berleluasa. Semoga kesedaran & keinsafan akan terbit dalam diri setiap umat islam untuk bertaubat dan menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang Soleh & Solehah...Amin...





Monday, August 9, 2010

MENGANTUK

Kenapa ye setiap hari isnin mata ni mengantuk la sesangat..Tu la setiap kali weekend dipenuhi dgn aktiviti tido je jadi bila start keje mula mengantuk gila sbb tak dapat tido siang...Malas la pulak nak minum kopi / nescafe...silap2 minum sakit kepala pulak...Lagi leceh klu kena sakit kepala..tapi munkin juga sebab lunch tadi makan banyak sangat..Hari ni ada makan2 kat KFC..tiga ketul makan ayam tu yg bertambah2 mengantuk tu...

Lagi satu mlm tadi mcm x cukup tido je..Adam kena batuk & selsema lak sekarang ni. Malam tadi pukul 3 lebih dia nangis..rasa badan dia panas ..risau gak kalau jadi mcm malam dulu.Cepat2 bangun bagi dia ubat demam tapi kali ni papa pun demam sama juga ni yg leceh sikit sebab klu papa sakit mama la teruk sikit sbb papa x larat nak dukung adam..Papa pulak klu sakit nampak cam teruk je sebab jenis susah dapat sakit so sekali kena dia teruk sikit kdg2 mama tgk dah mcm budak2 dia mengaduh sakit...alahai...sian..anak sakit, papa pun sakit..Alhamdulliah mama sihat klu tiga2 sakit tak tau la mcm mana...Lepas bagi adam ubat demam dia jadi aktif pulak nak main wpun badan panas.. mama pun x larat nak layan dah ngantuk biar je dia main sambil tutup lampu.. Tak lama lepas tu adam nangis sikit dia cakap tido..tido..rupanye dah pukul 4 lebih..sejam juga adam main sorang2 pastu mengantuk..Sian anak mama rasa panas dah kurang sikit, mama bagi adam minum susu terus adam tertido sampai pagi...

Hari ni pun mama terlewat pegi keje nasib baik parking ada lg kt lrt station..tapi hari ni juga ada satu kejadian yang amat memalukan mama...ohhh tidak....tapi nak buat macam mana benda dah berlaku terima je la..hahahaha.....

                                                     cakkkkkkk....



Friday, August 6, 2010

ADAM LAGI

Tiap2 pagi kalau hantar pegi nurseri muka adam mesti masam je. Tak suka betul dia ke sana...Bila sampai nurseri mesti beratkan badan dia x kuar dari car seat dia..haishhhh...anak mama ni..kalau bole mama pun tak nak hantar adam hari2 kat situ, biar mama jaga saja adam kt umah tapi apakan daya...tunggu ye sayang nti mama dah jd jutawan mama duduk rumah je ye jaga adam..hehehe...Kalau tengah sakit lagi teruk sampai2 nurseri mesti melalak kuat2 pastu peluk mama kuat2 tak nak lepas...mcm mana ni..mama kena keje..mama cuma bole doa semoga anak mama ni sentiasa dilindungi Allah dari segala keburukan, kejahatan, kecelakaan & kezaliman...Amin...


ni gbr terbaru adam masa pegi smc tuk follow-up demam tuhari. Adam dah mula nak jalan sendiri tapi x berapa stabil la kadang2 mcm nak jatuh je...xper x lama lagi dah bole berlari pulak ye...muah..muah..muah...